Saturday, October 18, 2008

Monday, October 13, 2008





kesan pemanasan global

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama menghadapi masalah ini kerana ianya datang disebabkan oleh kita , iaitu manusia. Alam, pencipta dan manusia adalah satu konsep kitaran yang saling memerlukan antara satu sama lain. oleh yang demikian , jika salah satu darinya kita abaikan maka akan pincanglah dunia ini. Alam sekitar adalah anugerah yang tak terhingga yang di ciptakan tuhan untuk manusia menjaga dan menghargainya. Manusia kini terlalu rakus dalam mengejar kekayaan dan duniawi tanpa disedari apa yang ada disekeliling kita juga memerlukan perhatian kerana mereka adalah pelengkap kehidupan kita. dimanakah naluri kemanusiaan takala melihat alam sekitar yang dahulunya menghijau menabur bakti kepada manusia kini kian pudar warnanya. Apakah jasa kita kepada alam setelah jasa dan bakti mereka korban untuk kita? Demi melihat manusia berjaya alam yang dahulunya ibarat teman bermain kini kita biakan ia bersedih sendirian.

SISA BUANGAN /PEMBENTUNGAN

Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi.
Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untuk mengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.
Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanja yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan kontraktor serta kontraktor kecil mereka seharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak.